KL Vampire ni berkisar kisah Kerajaan Vampire yang hidup berdekatan dengan manusia biasa tetapi merahsiakan kewujudan mereka. Cuma ada satu wartawan yang rajin membongkar.
Bagaimana pun terdapat satu lagi puak di seberang sana (seberang mana?) yang ingin mengambil alih kerajaan Vampire yang berketurunan Raja Bersiong kerana dendam lama. Disinilah bermula kisah KL Vampire ini..
Sang Ratu - Waris empayar Raja Bersiong
OK aku komen sikit lah.. Tah kenapa sekarang ni aku rajin pulak nak review panjang panjang. Dari segi originaliti memang tak la sebab Vampire ni related dengan citer omputih selalunya. Tapi mengambil kisah Raja Bersiong untuk dikaitkan dengan asal usul Vampire ini memang menarik sebab rata rata masyarakat melayu amnya tau siapa itu Raja Bersiong.
Effect yang digunakan okay dan relevan dengan jalan citer. Sepatutnya boleh dapat sambutan tapi mengikut kepakaran aku yang kurang ialah marketing filem itu sendiri. Sepatutnya kena labur sikit untuk promote filem. Tajuk pun kurang sesuai sebab menggunakan perkataan KL sebab benda ini sinonim dengan pengarah Syamsul Yusof. Kalau lain orang pakai nampak macam nak tumpang nama ja.. Kena guna tajuk yang ganas supaya orang paham dan boleh menarik perhatian ke panggung. Overall aku appreciate sebab berani buat filem macam ni..filem ni tak la teruk pun, ok ja bagi aku... Ada filem melayu beberapa tahun yang lepas sangat teruk dan tak layak dapat apa apa bintang pun, macam hampeh!
Barisan pelakon
Pelakon:
Raja Ilya, Josiah Hogan, Aeril Zafrel, Reen Rahim, Doni Alamsyah, Pablo Amirul & Etc.
Pengedar:
Empire Film Solution
Tarikh Tayangan:
14 November 2019
Nokia Pisang kembali!
Comments
Post a Comment